Menjaga
kesihatan selepas melahirkan merupakan perkara terpenting. Mak selalu
pesan... jaga badan betul-betul supaya bila tua, takde lah asyik tak
sihat. Kalau ikut orang-orang tua dahulu... tak boleh keluar rumah 44
hari... tak boleh pijak tanah 44 hari... zaman saya dah tak macam tu....
:). Namun tak dinafikan menjaga kesihatan itu wajib dititik beratkan.
Apa yang anda pilih ketika berpantang? JAMU? VITAMIN? atau kedua-duanya?
Jom baca berkongsian dari kak N.... VITAMIN vs JAMU... Kenapa beliau pilih VITAMIN?
credit...
Sejak mengandung anak sulung,
saya memang nekad hanya berpantang dengan pengambilan vitamin
semata-mata. Ini kerana melalui pembacaan saya, apabila
seorang ibu melahirkan anaknya, beliau akan kehilangan banyak darah
maka badan memerlukan cukup vitamin dan zat untuk proses pemulihan. Ini
ditambah apabila saya niat nak menyusukan anak saya, maka saya perlu
memastikan badan saya cukup vitamin untuk pemulihan dan secara langsung
dapat berfungsi dengan baik dalam penghasilan susuibu. Ditambah saya
melahirkan anak secara berpotong [ c-sec] maka saya perlu pastikan rahim saya cepat baik dan jahitannya tidak rosak.
Ada beberapa kenalan yang saya
temui yang melalui kelahiran berpotong seperti saya, jahitan mereka ada
yang terbuka, ada pula yang bernanah sehingga sebulan di hospital dan
ada juga yang tak mampu bergerak selama berminggu kerana jahitan lambat
sembuh dan ditambah tempat jahitan dijangkiti kuman dan merebak.
Pada awal
kelahiran, mak mertua saya berikan saya minum air rebusan kunyit dan
terus bacaan kuning anak saya meningkat ditambah anak sulung saya lahir
pra matang. Sejak tu lagi la saya cuma percaya pada vitamin semata-mata.
Saya banyak membaca buku tulisan
doc yang pro vitamin seperti Dr Bruce Miller , doc feveret saya. Banyak
diterangkan fungsi dan keperluan setiap vitamin.
Multivitamin lengkap dengan formula zat besi
Zat besi sangat penting untuk
pembinaan sel darah merah. Tanpa cukup zat besi si ibu akan kelihatan
mudah pucat lesi, tak bermaya dan paling teruk mudah pengsan atau pitam.
Pengambilan multivitamin dengan zat besi sangat perlu demi memastikan
tubuh mendapat semua vitamin yang diperlukan yang adakala tidak dapat
diperolehi dari pengambilan makanan harian kita.
Vitamin b complex
Membantu menstabilkan hormon maka
si ibu tak mudah rasa stress dan tidak mudah meroyan. Ia juga membantu
dalam proses pembinaan sel darah merah dan ianya sangat bagus untuk
proses pemulihan bagi si ibu yang baru melahirkan anak. Selain itu
vitamin B complex juga sangat perlu untuk meningkatkan sistem pertahanan
badan.
Vitamin C
Semua orang tahu kebaikan vitamin
C. Ia bagus dalam membentuk dan meningkatkan antibodi badan kita. Ianya
juga penting dalam pembentukan kolagen. Kolagen penting untuk
menyatukan setiap sel dalam tubuh. Tanpa cukup vitamin C, kulit mudah
luka. sensitif dan gusi mudah berdarah adalah tanda umum yang paling
mudah kita ketahui.
Zinc
Ianya banyak terdapat dalam ikan
haruan dan makanan laut. Namun lebih mudah saya amalkan tablet. Ia
membantu mempercepatkan proses baik luka. Zinc antara vitamin yang
penting untuk pertumbuhan. Pengambilan zinc dapat dilihat kesannya pada
pertumbuhan dan pembesaran bayi, rambut ibu tak mudah gugur dan luka
bersalin cepat baik.
ESP
Ada sesetengah orang memang tak
amik endah tentang keperluan protien dengan mengandaikan sudah memadai
makan ikan , daging , telur serta minum air soya yang dibuat sendiri.
Namun berapa ramai yang tahu dan ingin ambil tahu bahawa protin hanya
bertahan pada suhu yang tidak lebih 36*c. So bila kita goreng dan masak
susah tentu suhu melebihi 36*c. Ini akan mengganggu kandungan asid amino
dalam protien itu tadi. sebab itu protien yang kita dapat dari makanan
yang di masak adalah bersifat ala kadar dan atas dasar janji ada dalam
menu. Ramai yang tidak tahu, pengambilan protien yang mencukupi dengan
aisd amino yang lengkap membantu dalam penghasilan kulit yang cantik,
rambut yang sihat, kuku yang elok serta penghasilan susuibu dengan kadar
lebih cepat provided sesi perahan yang konsisten. Malah lebih ketara
apabila anak yang menyusu mudah kenyang walaupun ini dinafikan oleh
mereka yang tidak pro vitamin. Selama 11 tahun saya mengamalkan ESP
Shaklee, saya sangat berpuashati. Walaupun ada suara sumbang yang
mengatakan kononnya pengambilan protien boleh menyebabkan gout, untuk
pengetahuan kalian, bapa mertua saya yang mempunyai gout mengamalkan
pengambilan ESP dalam proses penyembuhan beliau. Ini kerana kandungan
asid amino dalam ESP Shaklee adalah lengkap dan selamat diambil.
Selain ini, apa yang saya amalkan?
Saya turut amalkan vitamin E untuk
pastikan jahitan luar dalam saya baik dan cantik. Doktor yang manyambut
anak saya mengakui jahitan dalaman rahim saya sangat cantik dan beliau
akui semasa nak keluarkan anak kedua saya dimana saya separuh sedar masa
itu. Selain itu ia juga membuatkan perut saya bersih dari kesan balar
yang kebanyakan ibu lalui apabila melahirkan anak. Alfalfa saya teruskan untuk memastikan susuibu saya dibuat dengan cepat dan efisein. Disamping pengambilan kalsium untuk
menggantikan kalsium dalam badan saya yang digunakan untuk membuat
tulang dan saraf anak yang dikandung dan keperluan utama penyusuan
adalah kalsium agar anak dapat membesar dengan sihat dan tulang yang
kuat.
Maaf ya, saya
tak makan jamu....sebab dalam minda saya, saya hanya perlukan vitamin
untuk baik dan menyusu anak. Walaupun jamu boleh diambil bersama vitamin
namun saya tidak mahu ianya mengganggu sistem tubuh badan saya kerana
saya tidak mahu kecelaruan dalam darah berlaku disebabkan kandungan yang
tidak diketahui.
Maka nasihat saya, jangan jadikan pengambilan vitamin sebagai LAST RESORT terutama apabila menghadapi masalah penyusuan.
Alangkah baik ia diambil dari awal supaya badan kita yang sihat akan
terus sihat. Ini apabila vitamin dijadikan last resort, kita akan berada
dalam kedudukan terdesak dan mengharapkan miracle happen dan masalah
dapat di atasi dengan segera. Kita akan kehilangan rasional apabila
berada dalam keadaan tertekan. Bila sakit baru nak cari vitamin, badan
perlukan masa untuk kenal vitamin, untuk serap vitamin dan ini memakan
masa untuk pulih.
Bak kata orang, penyakit ni datang macam ribut, pulangnya macam siput.
Berbeza dengan mereka yang buat
persiapan awal. Sama juga dengan simpanan. Ada orang simpan duit sejak
masa senang supaya bila susah ada simpanan back up. Tetapi mereka yang
tidak beringat akan hilang punca apabila terdesak. Sedangkan masa senang
tak mahu menyimpan.
Lebih baik amalkan vitamin semasa
sihat supaya ia membantu untuk kita kekal sihat. Bagi yang tidak pro
vitamin, tiada paksaan dalam hidup sebab semua orang mempunyai kemampuan
yang berbeza.
-----
0 comments:
Post a Comment