This is default featured slide 1 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Wednesday, 10 April 2013

SET BERPANTANG

Kini ramai ibu yang memilih untuk berpantang bersama Shaklee. Banyak sudah pengalaman yang dikongsi oleh ibu-ibu yang telah melaluinya. Kebanyakan ibu yang berpantang kali kedua atau seterusnya, yang pertama kali mengambil set bersalin Shaklee merasai kelainannya.





BERIKUT MERUPAKAN KETERANGAN RINGKAS UNTUK SETIAP JENIS YANG DIAMBIL

Zink
Sangat penting untuk membaik pulih luka jahitan dan luka dalaman. Makanan yang kaya dengan zink ialah ikan haruan. Agak sukar untuk memasak ikan haruan setiap hari, ditambah pula dengan harganya yang agak mahal. Justeru, pengambilan zink setiap hari adalah pilihan yang tepat bagi ibu berpantang. Zink juga membantu mengatasi masalah 'kedinginan' selepas bersalin, dan pengambilan zink oleh ibu menyusu akan menjamin bayi membesar dengan optimum.

Vitalea / Multivitamin Dengan Zat Besi
Sangat penting diambil oleh ibu berpantang kerana Vitalea membekalkan 23 jenis vitamin dan mineral yang diperlukan oleh tubuh, tetapi sukar diperolehi sewaktu berpantang kerana kebanyakkan makanan perlu dielakkan semasa berpantang. Zat besi pula sangat diperlukan oleh tubuh untuk menghasilkan sel darah merah, bagi menggantikan kehilangan darah semasa proses kelahiran. Ibu-ibu yang kekurangan vitamin ini, akan kelihatan pucat, letih dan tidak bermaya.

Nutriferon
meningkatkan interferon tubuh dan menggerakkan antibodi tubuh untuk melawan virus, serta meningkatkan sistem imunisasi badan 

Vitamin B Complex Dengan Asid Folik
B Complex bertindak sebagai penenang dan mengelakkan stress atau meroyan di kalangan ibu berpantang. Ia juga berupaya meningkatkan pembentukkan sel darah merah dan sangat penting untuk menukarkan makanan yang kita ambil menjadi tenaga. Justeru, ibu-ibu akan merasa lebih bertenaga dan kurang letih. Vitamin ini juga memelihara kulit dari dalam dan penting untuk kecantikkan, sesuai dengan namanya B for Beauty.

Kalsium Ostematrix
Bagi ibu-ibu selepas bersalin satu kenikmatan yang amat sangat sekiranya sakit belakang, kelenguhan akibat kesan epidural serta masalah sembelit dapat dikurangkan. Alhamdulillah kalsium ostematrix sangat membantu menangani masalah ini bukan itu sahaja ia juga turut bertindak sebagai milk booster tambahan semasa dalam tempoh berpantang!!

Plus jika anda bercadang-cadang nak membuat stok susu di dalam waktu bercuti bersalin, kami galakkan anda untuk mengambil ESP yang menjadi pilihan ramai...

Energizing Soy Protein (ESP)




Sebagai tambahan untuk ibu-ibu berkerjaya yang menyusukan anak secara eksklusif, anda juga boleh mengambil ESP. ESP merupakan protein soya berkualiti tinggi yang bukan sahaja MEMBANTU PENGHASILAN SUSU, namun bermanafaat juga untuk mencantikkan kulit menjadi lebih gebu dan halus, menganjalkan kembali payudara yang kendur dan mengatasi masalah kulit seperti eczema, jeragat, jerawat dan parut campak.

Set Bersalin SHAKLEE sesuai bagi ibu-ibu yang bersalin secara normal, cesarean, pramatang dan  jaundice serta sangat dicadangkan kepada ibu-ibu yang ingin menyusukan bayi!!!


Salam Sayang, 
Shaklee Independent Distributor [ID No : 895653]

013-7836714


Friday, 8 March 2013

17 KEBAIKAN VITAMIN ZINK

Sumber asal 17kelebihan zinc di bwh ini saya petik dari pakar diari hati. so liss sekadar nak kongsi info berkenaan zinc :)

Sebelum itu tahukah anda bahawa zinc merupakan vitamin yg diperlukan dlm aktiviti metabolisma badan sebagai komponen penting enzim.Ia memainkan peranan penting dlm sistem imunisasi , pertumbuhan dan perkembangan seksual seseorang. 
berikut merupakan 17 kelebihan zinc 


  • Penjagaan Kulit: Kajian telah menunjukkan zink berkesan untuk menyembuhkan jerawat atau akne. Ia adalah lebih berkuasa daripada placebo dan penggunaan ubat-ubatan antibiotik masih dianggap lebih berkesan.
  • Ekzema: Juga dipanggil sebagai dermatitis atopik, adalah gangguan keradangan dan kulit yang kronik. Ia adalah sebahagian besarnya disebabkan oleh kekurangan zink di dalam badan. Zink memainkan peranan yang penting dalam penyembuhan jangkitan kronik dan membantu badan memulihkan keupayaan untuk sembuh dengan sempurna.

  • Jerawat: mineral ini adalah penting untuk memadam jerawat dari kulit. Ia bertindak mengawal selia jumlah testosteron di dalam badan yang memainkan peranan yang dominan dalam menyebabkan jerawat. Di samping itu kepadanya, zink juga berkaitan dengan sintesis kolagen yang membantu dalam menormalkan jumlah minyak kulit dan mengekalkan kulit yang sihat.

  • Penyembuhan luka: Kekurangan zinc menyebabkan lambat penyembuhan luka. Badan manusia mempunyai beberapa enzim yang bergantung pada zink, yang menggalakkan sintesis kolagen yang seterusnya membantu dalam penyembuhan luka.

  • Gangguan Prostat: Zink sangat penting dalam menangani gangguan prostat. Kekurangan zink menyebabkan pembesaran kelenjar prostat dan menjadikannya terdedah kepada kanser . Ia adalah dinasihatkan untuk mengambil 15mg zink setiap hari, di bawah pemerhatian rapi perubatan, apabila mengalami masalah prostat.

  • Hilang berat badan: Zink memainkan peranan utama dalam penurunan berat badan dan mengawal selera makan.

  • Mengandung: Ia adalah penting untuk pembaikan dan fungsi DNA. Ia diperlukan untuk pertumbuhan cepat sel-sel dan membangunkan unsur-unsur utama sel semasa kehamilan.

  • Pembiakan: Bagi lelaki, zink membantu dalam spermatogenesis dan pembangunan organ-organ seks. Sementara di kalangan wanita, ia membantu dalam semua fasa pembiakan, termasuk peringkat kelahiran dan penyusuan.

  • Fungsi Biologi: Zink memainkan peranan penting dalam banyak fungsi biologi seperti pembiakan, kawalan penyakit kencing manis, tahap stres, rintangan imun, bau dan rasa, pertumbuhan fizikal, selera makan dan penghadaman.

  • Jangkitan: Zink membantu seseorang untuk mengesan rasa dan bau, memberikan bantuan kepada penyembuhan luka, meningkatkan imuniti dan membantu dalam menggalakkan pertumbuhan janin. Zink membantu dalam melindungi daripada gangguan berjangkit dan jangkitan kulat termasuk paru-paru dan konjunktivitis.

  • Antioksidan: Zink bertindak sebagai antioksidan dan pada dasarnya terlibat dalam beberapa tindak balas biokimia yang tegas, yang termasuk sintesis protein, fungsi enzim dan metabolisme karbohidrat .

  • Aturan Enzim: Zink merupakan komponen beberapa enzim yang membantu dalam pertumbuhan sel, sintesis protein, tahap hormon, DNA, mengawal selia transkripsi gen, metabolisme tenaga dan lain-lain faedah kesihatan yang berkaitan dengan zink.

  • Kanser: Bagi lelaki, zink memainkan peranan yang penting dalam kelenjar prostat dan mencegah kerosakan awal, yang boleh membawa kepada masalah seperti kanser.

  • Kelesuan Kronik: Orang yang mengalami keletihan yang kronik dicadangkan untuk mengambil minyak ikan, kerana ia kaya dengan zink. Para doktor tidak mencadangkan ubat-ubatan lain yang diperlukan untuk menyembuhkan keletihan yang kronik kecuali pengambilan minyak ikan yang kaya dengan kandungan zink.

  • Botak: Botak menyebabkan kehilangan rambut bagi kanak-kanak dan orang dewasa. Pemulihan yang disyorkan oleh doktor kepada orang yang mengidapinya ialah dengan pengambilan diet yang kaya dengan kandungan zink. Terdapat pelbagai kapsul yang kaya dengan zink, jadi ubat-ubatan yang kaya dengan zink akan membantu mencegah keguguran rambut

  • Kehilangan tulang: Ia adalah penyakit apabila tulang menjadi lemah dan rapuh. Zink adalah komponen hydroxyapatite iaitu garam dan membuat matriks tulang yang kuat dan keras. Oleh sebab ini, kandungan zink perlu ditambah dalam pelan diet anda untuk mengelakkan kehilangan tulang.

  • Buta Malam: Pengambilan kira-kira 150-450 mg Zink akan memperbaiki penglihatan. Jadi, adalah sentiasa dicadangkan untuk mengambil makanan seperti daging lembu, kambing, tiram, ketam kerana ia kaya dengan kandungan zink dan akan memperbaiki penglihatan mata.

    BERAPA BANYAK ZINC YANG ANDA PERLUKAN? JOM CEK!


    Anda berminat nak cuba suplemen zinc dari jenama Shaklee?

    Nutrition Fact: Sebiji Zinc Shaklee membekalkan 15mg (100%) keperluan harian dan 115mg Calcium (12% daripada keperluan harian). dan oh ya Zinc bukan sahaja membantu menguatkan kutikel rambut tetapi ia dapat meningkatkan daya ingatan dan tempoh penumpuan*

Tuesday, 5 March 2013

SET PENYUSUAN OPTIMUM

Set ini paling sesuai buat ibu ibu yang tidak mengalami masalah penyusuan yang serius dan yang ingin menambah nutrisi dalam susu ibu.. Ianya Mengandungi vitamin-vitamin seperti berikut:




  • Multivitamin Vitalea - membekalkan tenaga dan zat besi kepada ibu dan bayi. Meningkatkan tahap kesihatan ibu yang mengahdapi perubahan jadual harian dan keletihan dalam menguruskan urusan harian dan bayi.
  • Alfalfa - merupakan MILK BOOSTER untuk ibu-ibu dalam penyusuan dan pada masa yang sama mengurangkan masalah keputihan, 'kering' bersama suami dan masalah dalaman wanita yang lain. Turut membantu dalam masalah asma dan alergik
  • Kalsium - merupakan MILK BOOSTER untuk ibu-ibu dalam berpantang, membantu mengurangkan masalah sakit belakang kesan epidural serta masalah sembelit selepas melahirkan. Kalsium juga penting untuk pertumbuhan tulang bayi dan ibu
  • Vitamin B Complex - berfungsi untuk memberikan ketenangan, menghilangkan stress, meroyan serta mengawal perubahan emosi ibu dan membekalkan asid folic kepada bayi 


Ibu-ibu juga digalakkan mengambil ESP (Energizing Soy Protein) yang merupakan  protein soya yang membantu penghasilan susu lebih cepat dan sesuai bagi ibu-ibu yang bercadang menambah stok susu dalam masa berpantang. Selain itu juga ESP mempercepatkan pemulihan luka, pertumbuhan tisu-tisu baru dalam badan dan yang paling best kulit ibu akan turut mengebu dan payudara menjadi semakin anjal.


Sesungguhnya, menyusukan anak bukan perkara susah dan tak semudah yang disangka. Perjalanan yang panjang ini menuntut ibu mengepam secara konsisten dan melengkapkan tubuhnya dengan zat dan nutrisi yang boleh diperolehi melalui pemakanan yang sihat. Namun berapa ramai ibu-ibu hari ni yang betul-betul menjaga pemakanan yang berkhasiat? Apa yang ibu makan, itulah yang disalurkan kepada anak melalui susu ibu. Dan pada saya supplement sangatlah membantu agar tumbesaran anak berkembang dengan baik, dan anak sentiasa sihat.


Pilihan di tangan anda, jika ibu-ibu yang memberi susu tepung sanggup berhabisan membeli susu mahal untuk memastikan anaknya mendapat yang terbaik, mengapa kita yang menyusukan badan, sangat berkira untuk mngambil pemakanan sihat

" Jika seorang wanita menyusui anaknya hingga cukup tempoh 2 tahun setengah, maka malaikat di langit khabarkan berita bahawa  syurga wajib baginya". Subhanallah..


Sekiranya anda ingin mengetahui maklumat lanjut berkaitan harga atau tentang produk:

Like Fanpage & PM: Bisik Bisik
Add Facebook: areliss ashiekin
sms/whatsapp: 013-7836714

Monday, 25 February 2013

Antara Supplement Shaklee Yang Tidak Boleh Di Ambil oleh Pesakit SLE, Talasemia, G6PD dan Hyperthroid


Sepanjang saya mula berkongsi tentang kebaikan product Shaklee, pelbagai jenis penyakit juga yang saya temui. Common illness seperti kencing manis, darah tinggi dan obesity. Ada juga penyakit yang first time saya dengar seperti Systemic Lupus Erythematosus (SLE), Thalasemia, Hyperthyroid, Hipothyroid. Ada juga penyakit kulit seperti Milia.

Entry kali ni bukanlah untuk memperkenalkan supplement yang sesuai bagi penyakit-penyakit di atas tapi lebih kepada peringatan mesra kepada anda yang ingin mendapatkan panduan / konsultasi product daripada saya supaya menyatakan dengan TERANG DAN NYATA jika anda mempunyai sebarang penyakit yang perlu saya ketahui.

Ada kalanya saya akan bertanya dan ada kalanya saya terlepas pandang. Walaupun Shaklee adalah sejenis supplement dan bukannya ubat, namun ada sesetengah penyakit yang tidak boleh mengambil supplement tertentu kerana ianya boleh memudaratkan diri atau menyebabkan punca penyakit anda akan menjadi aktif.

Antara supplement yang tidak boleh diambil bagi peyakit-penyakit berikut ( ini berdasarkan pembacaan saya)

Hyperthyroid – Tidak boleh mengambil Vitalea kerana di dalamnya terdapat IODIN. Pesakit hyperthyroid tidak digalakkan untuk mengambil iodine kerana kandungan iodine di dalam darah sudah tinggi. Kalau ambil iodine, makin tinggi la paras iodine kan??

SLE – Tidak boleh mengambil Alfalfa dan juga Vitalea. Walaupun di dalam vitalea hanya terdapat sedikit alfalfa powder, namun tidak disarankan apatah lagi jika anda sedang mengandung. Jika mahu juga mengambil Vitalea, perlu dapatkan konsultasi daripada doktor bertauliah.

G6PD – Tidak boleh mengambil ALFALFA kerana ALFALFA kaya dengan Vitamin K. Bagi anda yang mempunyai masalah ini, set penyusuan yang disarankan adalah EU FOUR PACK PLUS.

Thalasemia – Tidak boleh mengambil Vitalea kerana ianya telah diformulasi dengan IRON. Pesakit thalasemia perlu cut-off pengambilan Iron kerana jika berlebihan boleh memudaratkan diri sehingga perlu melalui proses pemindahan darah.. Jika anda mengandung, sila dapatkan nasihat daripada doktor bertauliah.

Jika anda ingin mencarikan supplement untuk ibu bapa anda juga perlu diterangkan dengan secara terperinci yea.Saya bukanlah doktor yang bertauliah dan perkongsian di blog ini pun berdasarkan pengalaman, pembacaan dan juga testimony pengguna. Jadi saya tidak mahu product SHAKLEE disalahkan jika anda tidak mendapat kesan yang diharapkan sedangkan mungkin silap saya yang tidak memberikan konsultasi secara terperinci.

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Saturday, 23 February 2013

PENANGAN ESP DAN ALFAFA

assalamualaikum dan selamat sejahtera semua

esp dan alfafa adalah set penyusuan yang popular dikalangan customer liss. hari ni liss nak share satu testimoni dari seorang cust liss yang berpuas hati setelah consume esp dan alfafa.


berkat dari usaha puan yuss yang tak putus asa dan juga pam secara konsisten, dia kini telah berjaya. liss doakan moga yus dapat menjayakan misi 'ekslusif breastfeeding' selama 2 tahun.. aminnn :)

hubungi liss untuk dapatkan konsultasi percuma dan juga BEST PRICE untuk esp + alfafa

call/sms/whassap : 0137836714

ANAK BERSELERA, IBU PENING KEPALA

hye semua!!~ assalamualaikum dan selamat sejahtera.
awat lah tajuk liss macamtu ek?? haha! bukan apa.. sebab, sebelum ni, ada ibu (cust liss) susah hati kerana anak nya tak selera nak makan. berat pun segitu jer. tak naik-naik.. so lepas dia cakap mcm tu, liss pun sajes la dia berikan MEAL SHAKE. tanpa fikir panjang, si ibu yg susah hati ni pun mengambil LANGKAH BIJKA & DRASTIK untuk berikan meal shake ni pada anak dia.

nak tau apa yang terjadi selepas lebihkurang 2 minggu???
jom tengok apa hasil penangan MEAL SHAKE!!~ KLIK untuk baca pengakuan ikhlas seorang ibu yang gembira dengan perubahan anak nya,

 


ANAK SIHAT, APA TUNGGU LAGI??

BEST PRICE
call/sms/whassap : 0137836714

ESP UNTUK WARGA EMAS

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua!!~
Hari ni liss dapat testimoni yang menggembirakan. Sharing berkenaan ESP yang diamalkam oleh seorang warga emas ni.. cer cek gambar kat bawah ni??


[Testimoni ESP]-Juz nak share 1 good news..skang nie ada kat kg..mlm td gerak dr nilai..so smpi2 mlm td dok sembang ngan mak..then mak citerla pasal makcik sebelah rumah nie..nak ikutkan makcik sebelah nie mata dia setengah ditutupi ngan selaput..so mmg nak kene pakai spec matala..di pendekkan citer, mata dia skang dah blh lihat ngan jelas..selaput mata dia pun dah x der..akhamdulillah, sonok sngt dengar..klu nak tau makcik nie umur dia dah 63 tahun..1 more effect dia, ramai yang tegur makcik tuh nampak lain skang..sume dok tanya makcik tuh makan aper..coz skang badan dia dah x macam umur 63 tahun..kulit jd pejal n bersih..nmpak sihat jer..Badan pun x cepat penat..smpaikan makcik tuh suh mak ckp kat saya terima kasih bebyk sebb introducekan shaklee pada dia..heheh..tapi makcik nie mmg rajin makan vitamin n esp..x pernah miss..lg 1 makcik nie dah consume vitamin n esp hampir sethn..so bg sy klu seseorang tuh nak nmpk hasil, orang tuh x blh mengharapkan sesuatu perubahan dlm masa yang singkat..k thats all..

sekarang ni liss nak explain Kenapa ESP penting untuk kesihatan tubuh badan?





Ini kerana badan kita terdiri daripada jutaan sel badan.

Sel sangat penting kepada badan manusia kerana dari SEL akan terbentuknya TISU. Dengan gabungan lapisan TISU akan membentuk ORGAN seperti Jantung, Hati, Buah Pinggang dll. 
Gabungan beberapa fungsi ORGAN akan membentuk beberapa SISTEM penting dalam tubuh badan manusia dan akhirnya terbentuklah kita hasil kombinasi beberapa sistem penting dalam tubuh manusia membentuk kita seperti hari ini.

Namun, setiap hari sel kita akan rosak disebabkan faktor-faktor seperti makanan, pencemaran, radikal bebas, kesan radiasi dan sebagainya yang menyebabkan sel akan sakit dan akhirnya menyebabkan penyakit seperti tekanan darah tinggi, kencing manis, masalah jantung, kanser dan sebagainya.

Sebelum sel-sel kita dirosakkan oleh faktor persekitaran, adalah lebih baik kita memberi "protein terbaik" sebagai makanan untuk sel tubuh badan kita.Protein adalah sumber utama dalam membantu pembentukan sel-sel yang sihat. Apabila sel tubuh badan kita sihat, maka keseluruhan anggota badan akan menjadi sihat.InsyaALLAH.

Kepada yang masih tercari-cari suplemenkah apakah yang sesuai untuk ayahanda dan bonda di kampung.Jangan segan-segan untuk hubungi saya ya!


Jom hadiahkan untuk ibubapa kita yang banyak berjasa membesarkan kita sejak dari kecil.


anda boleh call/sms/whassap : 0137836714